Get Barnyard Fun Full Kit at RM80 with purchase any Christmas series SHOP NOW
icon-search
icon-search

Hanya seorang MUMMY, bukan seekor RAKSASA.

Menjadi mummy di era baru ini boleh berasa seperti anda berasal daripada planet yang lain


Mengapa dia perlu begitu bersih?
Hanya batuk saja, bukan lah penyakit yang berbahaya!

Adakah anak dia begitu istimewa? Anak saya sedikit sakit sahaja, mengapa tidak boleh bermain bersama-sama?

Mengapa mummy itu perlu begitu risau?
 
Dunia seorang mummy boleh dikelilingi oleh pelbagai keraguan dan fikiran yang negatif.


Kerana dari pandangan orang lain, mereka boleh dilihat sebagai berbeza dan melampau, seperti raksasa dari luar angkasa.
 

SETIAP HARI MEMBERIKAN MUMMY PELBAGAI JENIS KEBIMBANGAN YANG BARU


istockphoto-1154410968-2048x2048_new.jpg
 
Adakah anak saya tidak selesa? Adakah kawasan permainannya bersih?

Bolehkah bayi makan makanan ini?

Adakah taman permainan di luar sana selamat?

Adakah kanak-kanak lain memakai topeng ke sekolah?

Adakah rakan-rakan di sekolah sakit atau berjangkit?


Mummy akan bermula memperhatikan semua butir-butiran kecil yang boleh menjejaskan anak mereka.

Sebenarnya, mummy baru pun tidak mahu begitu.
Siapa yang tidak mahu berasa senang dan selesa dengan anak-anak mereka?

Siapa yang tidak mahu duduk dan menikmati makanan mereka?

Siapa yang tidak mahu anak mereka pergi ke sekolah dengan selamat dan gembira?


Masalahnya, mummy juga tahu bahawa terdapat banyak faktor yang lain di luar sana. Contohnya, kesedaran kesihatan di sini masih kurang memuaskan, dan bakteria pada zaman ini semakin kuat dan lebih berbahaya.


Saya tahu saya tidak berhak untuk menghalang orang yang sakit daripada keluar dari rumah mereka, tetapi saya benar-benar berharap mereka akan memakai topeng supaya bakteria tidak tersebar kepada orang di sekeliling mereka. Tetapi saya tahu banyak orang tidak akan berbuat begitu jadi saya memang akan bimbang tentang perkara ini.


APABILA BAYI SAYA SAKIT DAN MENDERITA. SAYA JUGA BERASA SENGSARA DI HATI. 


istockphoto-1186658572-2048x2048_2.jpg

Rasa seksa disebabkan selalu bimbang dan selalu menjenguk keadaan, malam-malam tanpa tidur, dan sentiasa akan berfikir bahawa penyakit akan semakin buruk memang perit untuk ditanggung.
 
Merasa dahi panas bayi, dan badan yang berpeluhan, mendengar suara kecil menangis untuk mummy dan ayah - ini adalah detik yang paling menyakitkan dan membuat saya rasa seperti hendak pecah. Apabila penyakit selalu tersebar, dan malam-malam hendak bergegas ke bilik kecemasan kerana anak sulung ataupun bayi mempunyai demam 40 darjah yang tidak mahu reda, keadaan yang berterusan seperti ini boleh membuat sesiapa berasa seakan-akan menjadi gila.
 
Kami faham bahawa memang tidak ada mummy yang mahu menjadi raksasa. Mereka juga tidak mahu berasa terasing. Mereka hanya ingin melindungi bayi mereka dan cuba memastikan keluarga mereka selamat dan bahagia.


Jumlah kes penyakit di sekolah sekarang semakin meningkat, dan kami berharap semua orang yang sedang membaca akan lebih mempertimbangkan bahawa kadang-kadang, batuk bukan sekadar batuk. Batuk boleh menyebar bakteria berbahaya kepada badan yang kecil, dan boleh menyebabkan gangguan dalam kehidupan keluarga lain. Kesedaran adalah kunci untuk pencegahan. Ia boleh membantu mengurangkan jangkitan, dan mungkin juga boleh membantu mengurangkan jumlah mummy yang berasa seperti raksasa.

AKHIRNYA, HARAP PARA PEMBACA AKAN INGAT BAHAWA DI PLANET BARU INI, SETIAP MUMMY MASIH MEMERLUKAN RASA SAYANG DAN EMPATI. 
 

istockphoto-1138845995-2048x2048_2.jpg

Daddy dunia ini juga patut membaca dan ingat ini, dan cuba memahami pihak mummy dan lebih bertimbang rasa supaya setiap mummy boleh merasa bahawa mereka mempunyai sokongan dan tidak berasa terasing ataupun seperti orang gila.


Kita tidak patut berfikiran negatif terhadap niat orang lain untuk melindungi orang kesayangan mereka. Kerana mummy memang akan mengambil langkah-langkah yang melampau jika perlu untuk melindungi anak-anak mereka. Sepatutnya, kita perlu lebih berusaha untuk menjadi lebih baik hati terhadap para ibu kerana emosi kuat seperti ini kita sendiri belum alami.


 
 



Older post Newer post

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.